Saturday, October 31, 2009
Posted by mizi at 9:31 AM 0 comments
PERLAWANAN PERSAHABATAN YANG PENUH BERMAKNA..
SMK Belawai telah mempelawa SMK TPDPH Daro untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dan badminton. Perlawanan ini bukan untuk melihat siapakah yang juara & yang hebat, namun ia adalah semata-mata untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kedua buah sekolah...Berikut adalah merupakan peristiwa sepanjang program tersebut berlangsung.
Posted by mizi at 9:18 AM 0 comments
Saturday, October 3, 2009
IBLIS KETAWA KERANA WANG
Kata Wahab bin Munabbih: Tatkala dirham dan dinar itu telah dibuat, maka kedua-duanya dibawa oleh iblis laknatullah dan diciumnya, lalu diletakkan pada kedua matanya seraya tertawa dan berkata: "Celakalah bagi orang yang mencintai engkau berdua, walaupun dari jalan yang halal. Lalu celaka pula bagi orang yang mencintaimu berdua dari jalan yang haram, dan ianya lebih celaka lagi."
Mengenai kejayaan iblis menyesatkan manusia dengan jalan menabur wang, adalah kisah seperti berikut ini.
Ada seorang alim yang berjalan di suatu kampung, tiba-tiba ia melihat orang ramai menyembah sebatang pohon. Melihat perbuatan syirik itu, ia marah dan terus mencari kapak untuk menebang pohon tersebut. Tetapi iblis menghalanginya daripada menebangi pohon tersebut. Akhirnya terjadi pergelutan di antara orang alim itu dengan iblis, dimana iblis berjaya dikalahkan oleh orang alim itu. Katanya:"Saya mengakui kehebatanmu, tetapi kembalilah dan batalkan niatmu menebang pohon itu. Sebagai ganjarannya, aku akan memberikanmu wang setiap hari sebanyak empat dirham yang kuletakkan di hujung tempat tidurmu."
Orang alim itu bertanya:" Apakah betul engkau akan berbuat demikian?" Iblis menjawab:"Ya, saya akan memberikannya setiap hari."
Lalu orang alim itu pulang ke rumahnya. Benarlah pada keesokan harinya ia mendapati wang sebanyak empat dirham di hujung tempat tidurnya, selama dua hari berturut-turut. Tetapi pada hari ketiga, ia tidak mendapati wang itu lagi di hujung tempat tidurnya. Kerana merasa ditipu oleh iblis, ia bangkit dan mengambil kapaknya unuk menebang pohon yang disembah oleh masyarakat tersebut.
Di tengah jalan iblis muncul menghalanginya. Lalu terjadi pergaduhan di antara mereka, yang akhirnya pergaduhan itu dimenangi oleh iblis. Orang alim itu hairan dan bertanya:"Mengapa kali ini aku kalah, padahal sebelum ini aku berjaya mengalahkanmu hingga tiga kali." Iblis menjawab:" Kerana niatmu yang pertama dahulu adalah kerana Allah, sedangkan niatmu sekarang adalah kerana wang."
Iblis beredar sambil tertawa meninggalkan orang alim itu.
-Semoga kita sama dapat ambil iktibar,amalkan serta sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain.. InsyaAllah..
Posted by mizi at 2:08 AM 0 comments
Friday, September 11, 2009
IBLIS KETAWA KERANA 10 SEBAB
Sambungan dari 10 sebab kenapa Iblis ketawa....
Kemudian Nabi SAW bertanya kepada iblis:" Berapa ramai kawan-kawanmu dari umatku?" Dengan tertawa iblis menjawab: "10 golongan, yakni:
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Orang yang memutuskan tali silaturrahim
6. Pemakan harta riba
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang melalaikan solat
9. Orang yang tidak mahu membayar zakat
10. Orang yang banyak berkhayal
Mereka inilah kawan-kawan dan saudara-saudara saya, " Kata iblis sambil tertawa.
Sama-samalah kita menjauhi dari tergolong dalam kawan-kawan dan saudara-saudara iblis laknat ini..
Sama-sama kita amalkan dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain..Semoga kita dijauhkan dari tersenarai ke dalam golongan yang berikut. Amin
Posted by mizi at 7:54 AM 0 comments
IBLIS KETAWA KERANA 10 SEBAB
Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbih bahawa Allah SWT telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad untuk menjawab beberapa soalan. Maka iblis datang dengan tertawa dan menyamar sebagai orang tua yang elok rupanya dan bersih, di tangannya memegang sebuah tongkat. Nabi bertanya kepada iblis: "Siapakah engkau?" Jawabnya, "Saya Iblis."
Nabi bertanya, "Mengapa engkau datang kepadaku?" Iblis menjawab:"Allah memerintahkan kepadaku supaya datang menemuimu dan menjawab semua perkara yang engkau tanyakan kepadaku."
Nabi bertanya:" Wahai iblis terkutuk, berapakah musuhmu dari umatku?" Iblis menjawab: "Lima belas golongan". Nabi bersabda: "Terangkan kepadaku siapakah mereka?"
Iblis Menjawab:"
1. Iaitu engkau sendiri wahai Muhammad
2. Pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang tawadhuk
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6. Orang mukmin yang saling nasihat menasihati
7. Orang mukmin yang saling sayang menyanyangi
8. Orang yang selalu bertaubat
9. Orang yang warak dari segala yang Haram
10. Orang mukmin yang sentiasa dalam keadaan suci
11. Orang mukmin yang selalu bersedekah
12. Orang mukmin yang berakhlak mulia
13. Orang mukmin yang selalu bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang hafal Al-Quran dan membacanya
15. Orang yang berdiri untuk mengerjakan solat malam sedangkan orang lain tertidur
"Semoga kita sama dapat amalkan dan sampaikan kepada Saudara-saudara Kita yang lain"....
Posted by mizi at 7:19 AM 0 comments
Mari Kita Renungkan.....
Hari Paling Agung Ialah = HARI INI
Permainan Terbaik Ialah = PEKERJAAN
Kekeliruan Terbesar Ialah = KEHIDUPAN
Keanehan Teragung Ialah = KEMATIAN
Kesilapan Terbesar Ialah = PUTUS ASA
Sifat Yang Paling Hina Ialah = KEANGKUHAN
Keperluan Teragung Ialah = AKAL BUDI
Orang Yang Paling Berbahaya Ialah = PENDUSTA @ PENIPU
Ciptaan Paling Menakutkan Ialah = PEPERANGAN
Orang Paling Tidak Peramah Ialah = PENGELUH
Kegagalan Paling Buruk Ialah = JIWA YANG KEHILANGAN SEMANGAT
Perkara Paling Mudah, Murah dan Bodoh Dilakukan Ialah = MENCARI KESALAHAN
Teman Paling Digemari Ialah = SESEORANG YANG TETAP MENERIMA ANDA SEADANYA
Renungkanlah bersama.......
Posted by mizi at 6:51 AM 0 comments