Saturday, October 31, 2009


Saat di perlawanan sebelum dimulakan....

PERLAWANAN PERSAHABATAN YANG PENUH BERMAKNA..


SMK Belawai telah mempelawa SMK TPDPH Daro untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dan badminton. Perlawanan ini bukan untuk melihat siapakah yang juara & yang hebat, namun ia adalah semata-mata untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kedua buah sekolah...Berikut adalah merupakan peristiwa sepanjang program tersebut berlangsung.

Saturday, October 3, 2009

IBLIS KETAWA KERANA WANG

Kata Wahab bin Munabbih: Tatkala dirham dan dinar itu telah dibuat, maka kedua-duanya dibawa oleh iblis laknatullah dan diciumnya, lalu diletakkan pada kedua matanya seraya tertawa dan berkata: "Celakalah bagi orang yang mencintai engkau berdua, walaupun dari jalan yang halal. Lalu celaka pula bagi orang yang mencintaimu berdua dari jalan yang haram, dan ianya lebih celaka lagi."

Mengenai kejayaan iblis menyesatkan manusia dengan jalan menabur wang, adalah kisah seperti berikut ini.

Ada seorang alim yang berjalan di suatu kampung, tiba-tiba ia melihat orang ramai menyembah sebatang pohon. Melihat perbuatan syirik itu, ia marah dan terus mencari kapak untuk menebang pohon tersebut. Tetapi iblis menghalanginya daripada menebangi pohon tersebut. Akhirnya terjadi pergelutan di antara orang alim itu dengan iblis, dimana iblis berjaya dikalahkan oleh orang alim itu. Katanya:"Saya mengakui kehebatanmu, tetapi kembalilah dan batalkan niatmu menebang pohon itu. Sebagai ganjarannya, aku akan memberikanmu wang setiap hari sebanyak empat dirham yang kuletakkan di hujung tempat tidurmu."

Orang alim itu bertanya:" Apakah betul engkau akan berbuat demikian?" Iblis menjawab:"Ya, saya akan memberikannya setiap hari."

Lalu orang alim itu pulang ke rumahnya. Benarlah pada keesokan harinya ia mendapati wang sebanyak empat dirham di hujung tempat tidurnya, selama dua hari berturut-turut. Tetapi pada hari ketiga, ia tidak mendapati wang itu lagi di hujung tempat tidurnya. Kerana merasa ditipu oleh iblis, ia bangkit dan mengambil kapaknya unuk menebang pohon yang disembah oleh masyarakat tersebut.

Di tengah jalan iblis muncul menghalanginya. Lalu terjadi pergaduhan di antara mereka, yang akhirnya pergaduhan itu dimenangi oleh iblis. Orang alim itu hairan dan bertanya:"Mengapa kali ini aku kalah, padahal sebelum ini aku berjaya mengalahkanmu hingga tiga kali." Iblis menjawab:" Kerana niatmu yang pertama dahulu adalah kerana Allah, sedangkan niatmu sekarang adalah kerana wang."

Iblis beredar sambil tertawa meninggalkan orang alim itu.

-Semoga kita sama dapat ambil iktibar,amalkan serta sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain.. InsyaAllah..

Friday, September 11, 2009

IBLIS KETAWA KERANA 10 SEBAB

Sambungan dari 10 sebab kenapa Iblis ketawa....

Kemudian Nabi SAW bertanya kepada iblis:" Berapa ramai kawan-kawanmu dari umatku?" Dengan tertawa iblis menjawab: "10 golongan, yakni:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Orang yang memutuskan tali silaturrahim
6. Pemakan harta riba
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang melalaikan solat
9. Orang yang tidak mahu membayar zakat
10. Orang yang banyak berkhayal

Mereka inilah kawan-kawan dan saudara-saudara saya, " Kata iblis sambil tertawa.

Sama-samalah kita menjauhi dari tergolong dalam kawan-kawan dan saudara-saudara iblis laknat ini..

Sama-sama kita amalkan dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain..Semoga kita dijauhkan dari tersenarai ke dalam golongan yang berikut. Amin

IBLIS KETAWA KERANA 10 SEBAB

Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbih bahawa Allah SWT telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad untuk menjawab beberapa soalan. Maka iblis datang dengan tertawa dan menyamar sebagai orang tua yang elok rupanya dan bersih, di tangannya memegang sebuah tongkat. Nabi bertanya kepada iblis: "Siapakah engkau?" Jawabnya, "Saya Iblis."

Nabi bertanya, "Mengapa engkau datang kepadaku?" Iblis menjawab:"Allah memerintahkan kepadaku supaya datang menemuimu dan menjawab semua perkara yang engkau tanyakan kepadaku."

Nabi bertanya:" Wahai iblis terkutuk, berapakah musuhmu dari umatku?" Iblis menjawab: "Lima belas golongan". Nabi bersabda: "Terangkan kepadaku siapakah mereka?"

Iblis Menjawab:"
1. Iaitu engkau sendiri wahai Muhammad
2. Pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang tawadhuk
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6. Orang mukmin yang saling nasihat menasihati
7. Orang mukmin yang saling sayang menyanyangi
8. Orang yang selalu bertaubat
9. Orang yang warak dari segala yang Haram
10. Orang mukmin yang sentiasa dalam keadaan suci
11. Orang mukmin yang selalu bersedekah
12. Orang mukmin yang berakhlak mulia
13. Orang mukmin yang selalu bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang hafal Al-Quran dan membacanya
15. Orang yang berdiri untuk mengerjakan solat malam sedangkan orang lain tertidur

"Semoga kita sama dapat amalkan dan sampaikan kepada Saudara-saudara Kita yang lain"....

Mari Kita Renungkan.....

Hari Paling Agung Ialah = HARI INI
Permainan Terbaik Ialah = PEKERJAAN
Kekeliruan Terbesar Ialah = KEHIDUPAN
Keanehan Teragung Ialah = KEMATIAN
Kesilapan Terbesar Ialah = PUTUS ASA
Sifat Yang Paling Hina Ialah = KEANGKUHAN
Keperluan Teragung Ialah = AKAL BUDI
Orang Yang Paling Berbahaya Ialah = PENDUSTA @ PENIPU
Ciptaan Paling Menakutkan Ialah = PEPERANGAN
Orang Paling Tidak Peramah Ialah = PENGELUH
Kegagalan Paling Buruk Ialah = JIWA YANG KEHILANGAN SEMANGAT
Perkara Paling Mudah, Murah dan Bodoh Dilakukan Ialah = MENCARI KESALAHAN
Teman Paling Digemari Ialah = SESEORANG YANG TETAP MENERIMA ANDA SEADANYA

Renungkanlah bersama.......

Wednesday, September 2, 2009

Selamat berpuasa

selamat berpuasa semua...

Saturday, August 22, 2009

Surau oh Surau....

Mungkin lebih senang dan mudah bagi Umat Islam Menunaikan Solat Sekiranya Tempat Surau lebih dekat sebegini........ Amin.... Moga dapat perhatian pihak yang berkenaan...

Mungkin Surau Di Sini Boleh Diusahakan..

Susahnya Takda Surau Di Terminal Bot Ekspress Sarikei....

Sarikei memang menjadi tumpuan semua pengunjung samada yang Islam mahupun yg bukan beragama Islam. Kebanyakan penduduk Belawai, Jerijeh, Rajang & Tg. Manis di Kawasan Tg. Manis memang selalu pergi ke Sarikei, malah hampir setiap minggu dan ada yang setiap hari.

Apa yang paling memberi masalah sedikit kepada penduduk yang beraga Islam ialah, tiadanya kemudahan Surau di kawasan Terminal Bot Ekspress Sarikei iaitu terminal laluan bot dari Sarikei ke Tg. Manis. Apabila masuk waktu Solat terutama Zohor & Asar memang sesuatu yang terasa suatu hutang yang sangat besar kerana tiadanya kemudahan surau di kawasan yang padat dengan penumpang-penumpang bot ekspress tersebut.

Perjalanan bot exspress yang dah hampir kepada jadual perjalanan yang hampir berangkat amat menyukarkan penduduk yang beragama Islam untuk menunaikan Solat yang wajib ditunaikan oleh semua Umat Islam kerana jarak Masjid dan Surau dari Terminal Bot Ekspress tersebut agak jauh. Walaupun ada Masjid dan sebuah surau berhampiran kampung di tepi sungai Sarikei tersebut, namun jaraknya agak jauh dan boleh mengambil masa hampir setengah jam atau lebih jika berjalan kaki bagi yang dah tua dan berusia. Bagi yang muda pula mungkin dalam 20 minit ke atas perjalanan ke Masjid Sarikei dan ke surau tersebut. Jika hari panas tidak menjadi masalah untuk ke Masjid atau surau walaupun berjalan kaki, dalam keadaan panas terik tetapi masa hujan memang agak sukar. Cuba Tuan-tuan dan Puan-puan bayangkan jika perjalanan berulang alik? Jauh kah tidak? Lebih sukar atau tidak?. Anda lebih tahu jawapannya....

Perkara ini tidak menjadi sukar sekiranya ada kemudahan surau disediakan di kawasan Terminal Bot Ekspress tersebut walaupun hanya dalam saiz sebuah surau yang kecil. Janji umat Islam boleh menunaikan kewajipan solat tersebut. Sekiranya boleh, pihak yang bertanggungjawab silalah ambil perhatian dan bertindak dalam mengatasi perkara ini. Bagaimana Islam ingin dimajukan sekiranya tempat untuk beribadat pun masih kekurangan dan tidak mampu memberikan kemudahan beribadat yang lebih memudahkan Umat Islam menunaikan kewajipan tersebut.....

Sesungguhnya, Solat Itu Adalah Tiang Agama......

Salam..

Terima Kasih Utk Klinik Kesihatan Belawai..

Pengetua Memberi Semangat...

ATT 2009

Adui..... Sakitnye...

Guru Yg. Membantu

ATT 2009

Program ATT 2009

SMK Belawai- 14 Ogos 2009 (Jumaat)..

Satu program “Suntikan ATT” telah dijalankan di Dewan Sri Barong SMK Belawai dengan kerjasama rombongan dari Klinik Kesihatan Belawai, Mukah bersama 7 orang pegawai serta kakitangan dan ianya telah bermula pada jam 8.30 pagi.

Program “Suntikan ATT” ini telah melibatkan semua pelajar Tingkatan 3 SMK Belawai tahun 2009 iaitu sebanyak 6 kelas kesemuanya. Dari 6 buah kelas tersebut, jumlah kesemua pelajar Tingkatan 3 ialah seramai 166 orang iaitu 84 orang pelajar lelaki dan 82 orang pelajar perempuan. Namun begitu, pada hari tersebut, hanya 160 orang pelajar sahaja yang bertuah mengikuti program tersebut kerana 6 orang pelajar tidak hadir kerana masalah-masalah yang tertentu.

Dalam jumlah 160 orang tersebut, 80 orang adalah terdiri dari pelajar lelaki dan 80 orang pula adalah pelajar perempuan. Pelajar 3A seramai 32 orang, 3B =32 orang, 3C = 29 orang, 3D = 27 orang, 3E = 25 orang dan 3F = 15 orang. Dengan jumlah tersebut, pada peringkat awal, pelajar ini telah dipanggil mengikut kelas masing-masing mengikut urutan.

Program “Suntikan ATT” ini dimulakan dengan pelajar akan diberi Suntikan ATT terlebih dahulu dan seterusnya pelajar akan menjalani proses menentukan jenis darah samada A, O, dan lain-lain. Program ini diselenggara oleh Unit Bimbingan & Kaunseling yang membantu unit Hal Ehwal Murid bagi melicinkan proses “Suntikan ATT “ tersebut. Dengan kehadiran guru-guru yang membantu, maka program ini dapat berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 11.45 pagi. Berikut ialah beberapa gambar yang menjadi kenangan semasa program “Suntikan ATT” tersebut…

Wednesday, August 12, 2009

Rombongan pun hampir sampai... Ni kawan yang sedang berangan untuk membina jambatan tu siap sepenuhnya secepat yang mungkin..Taklah naik feri sampai 5 buah untuk perjalanan ke Mukah... Teruskan mengelamun kawan.....Hehehehehehe.. Lain kali, kita jumpa lagi..SALAM....

Nasib jentera ni dok kat belakang skali.. Kalau la jentera ni dok kat depan, lambat lagilah perjalanan kami masa tu...

Di feri yang terakhir kita sama-sama masuk feri dengan jentera berat ni..Kalau la jentera ni yang digunakan ke Mukah, ntah berapa puluh jam baru sampai Mukah agaknya...hehehehehe

Ni dia 2 buah van yang digunakan oleh rombongan SMK Belawai..Sebuahnya dipandu sendiri oleh guru pengiring sebab pemandu untuk sebuah van tiada.. Jadi, guru pengiring yang cuba bantu jadi pemandu demi menjayakan program ni..

Ni pula aksi pelajar lelaki dalam sebuah van yang lain.....

Aksi pelajar perempuan lepas makan sementara menunggu perjalanan diteruskan semula.. Ada 4 buah feri lagi yang perlu dilalui.. kesemuanya 5 feri..... Jauh memang jauh..tapi, menyeronokkan....

Perjalanan balik ke SMK Belawai, singgah makan di Kpg. Sekaan Matu...

Perjalanan Balik...Baru Sampai Feri Igan dah.... Perut lapar dah.........

Gambar kenangan bersama Tuan Penceramah... Rombongan nak berangkat balik lebih awal dari program tamat sebab budget hanya untuk satu malam sahaja.. kalau 2 mlm, siapa yang nak bayar RM4000 untuk sewaan van sahaja kan... Satu mlm pun dah RM2000 van sahaja.. Lom makan, minum,wang saku serta penginapan...fikirlah sendiri dlm keadaan claim lom tentu dapat....

Ni pula di tapak aksi membrek kecemasan. Tayar mesti berbunyi... Sebab tu gurunya datang ke sini sebab risau akan pelajar yang membuat aksi tersebut... kot2 lah terjadi apa2...bingung jugak kan dah nama guru pengiring....

Kehebatan pelajar SMK Belawai dalam praktikal tersebut...

Mula Praktikal laluan berkon....

Pas ni, kita wat praktikal..

Penerangan kepada pelajar yang bakal praktikal dengan apa yang telah di sampaikan...

Pelajar2 dari sekolah Bahagian Mukah yang lain yang mengikuti program tersebut....

Penceramah yang hebat... Inilah orang yang melakonkan aksi "Stunt"dalam drama Gerak Khas, KL Drift dll. Nak tau yang drive kereta yang eksiden terbang2 tu.... Nilah orangnya....Yang beri ceramah pada hari tersebut memang merupakan orang yang hebat dalam dunia pemanduan....


Rombongan SMK Belawai antara rombongan yang terawal tiba di SMK Three Rivers....SEMANGAT.......


Meriah.................

Kenyang ke tak nih?....

Sekarang mana cukup budget untuk sarapan pagi rombongan sebanyak RM2.50 seorang.... Harga makanan sekarang ni kan dah melambung tinggi... Guru pengiring lah jawabnya tanggung bakinyer tu... tak pe, janji budak2 rasa enjoy dan gembira sepanjang program...

Sarapan bagai kenduri.......

Makan.......jangan tak makan..Lepas ni kita akan berangkat dalam perjalanan yang masih jauh.....

Wowwwwww...... Lyias ke ni?.....

Masa ni rombongan sedang masuk ke hari kedua.. Tengah bersarapan pagi di kedai mamak kat Mukah. Rombongan kami tetap seronok dan gembira walaupun hampir semua perbelanjaan dikeluarkan oleh guru pengiring sepenuhnya terlebih dahulu. 20 orang sekali kita belanja makan, beratus2 ringgit jugalah sekali bayarannya... alahai....dahlah claim "cepat" sangat masuk akaun....heheheheh...inilah pengorbanan.........

Posing sket........

Antara ragam rombongan...Sebagai guru pengiring, hati pun gembira juga setelah melihat rombongan pelajar yang dibawa tetap dalam keadaan yang ceria sepanjang masa.....

Dalam perjalanan, rombongan kami sempat singgah di Pantai Oya yang damai..... Niat hati nak bawa budak ikuti program sambil jalan2 di kawasan yang kurang selalu dilawati oleh mereka....

Sementara menunggu feri... sempat berposing sebentar...

Program Rakan Muda Sekolah....


Salam. Program Rakan Muda Sekolah "Selamat Di Jalan Raya 2009" telah dijalankan di Mukah dan bertempat di SMK Three Rivers Mukah. Program ini telah melibatkan hampir ke semua sekolah menengah di Bahagian Mukah. Sesungguhnya para peserta dalam program ini memang sangat beruntung kerana telah mendapat pengalaman yang menarik sepanjang program ini di jalankan. Antara pengisian dalam program ini ialah ceramah tentang keselamatan di jalan raya, cara pemanduan yang selamat, cara mengendalikan motorsikal serta praktikal pemanduan motorsikal.
SMK belawai tidak ketinggalan untuk menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri dari 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. 2 van telah disewa dan kosnya ialah RM2000 yang diperuntukkan melalui PPD Daro. Berikut adalah merupakan rentetan peristiwa program tersebut..........

Thursday, August 6, 2009

Anum oh anum..........

Masalah air lagi...... kita ni pun terpaksa cuti sekolah seminggu sebab tiada air nih.. Nak ganti sekolah pula nanti, kan memakan masa yang lebih. Minggu depan, sekolah buka semula. Apa yang di bimbangkan ialah jika masalah air ini masih lagi sebegini. Ditambah dengan bilangan penghuni asrama yang agak ramai iaitu 300 lebih orang penghuni memang agak sukar untuk para penghuni asrama ini untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan selesa di asrama. Mana taknya, air untuk minum pun tiada. Belum termasuk air untuk mandi, bersuci dll..
Harap2 air akan dapat dinikmati seperti sediakala dalam masa yang terdekat ni. Kalau tak ada juga, terpaksa lah hidup dalam ketidak selesaan sebegini walaupun agak sukar.........Air oh air....Iskh..iskh..iskh...

Anum maidah....

Lakai ke susah tan anum mabai.bak temuk,bak keman,bak usuk taai pun susah.nang teruk tan asang masa ih.mujur nuan anum sisa-sisa wang tangki ibak flat guru.kenah gak anum idun bak bak kamik temuk.kah basa ih gaya 1-2 minggu agik, nang mai taau agik bak pubak lah gaya dun..
Sejak anum maidah, baruk telau ingat bahawa anum idun penting untuk kehidupan telau seharian.sedangkan sebelum ih, senang2 mak telau pebak anum.nibat sidun mak pun nuan gak.tapi, lian ih baruk telau ingat bahawa setitis anum pun amat beharga...hehehehhe...tijau bahasa melanau.....salammm...

Wednesday, August 5, 2009

Ingat................

Panas dlm dnia ni.....ingattttt.....Panas akhirat lebihhhhhhhhhhhhhhh lagiiiiiiiiiiiiiiii.... jadi, perbanyakkan persiapan anda....................... jumpa lagi.....

Sudah Jatuh Di Timpa Dinding Plastik...

Dahlah Belawai sekarang krisis air yang teruk.mungkin sama dengan tempat yang lain... Ditambah dengan kebakaran camni plak... Air nak minum pun susah sangat.. nyesal aku tak gali telaga sebelum nih..hehehhe..dapat gak air..Nilah rupanye kebakaran tu yg sebahagiannya aje.. ada yg. lebih teruk dari ni pun ade.. tawakal je lah......

habis hasil pak tani... hancurrrrr....

Sebenarnya, sepanjang aku pergi dan balik, byk tanaman petani yang ada di kawasan tersebut ada yang terbakar teruk... habis semua kelapa sawit, pokok mulong dan lain-lain tanaman semua rosak terbakar....
Kecianya pak tani tulah..

Bahaya nih....

Dalam ni aku nak potong van..... memandangkan tak brapa nmpak, aku biarkan ajelah... sama gak sampai kan.. so, hati2 di jln raya............... ni sebahagian nye sahaja... nak ambik byk2, aku sdg drive...

kebakaran..........


Teruk...........pemandangan ni masa balik dari mukah..area kawasan kpg. sedo & kpg serdeng...area lobak balo dgn igan x sempat ambik sbb terlalu teruk dari yang ini...

Teruknya kebakaran dan jerebu sekarang.....

hai....isu kebakaran sekarang ni semakin berleluasa.... pemandangan pun dah kurang menyenangkan. Dalam perjalanan bermesyuarat dari Belawai ke Mukah, memang ada sesetengah kawasan antara Loba Balo Matu ke Feri Kuala Igan agak teruk.. Nyaris2 kereta yang dipandu terlibat dlm kemalangan sendiri.......Nasib gak lah.... nantilah aku tunjukkan gambar kebakaran teruk tu.. Asap pun tebal sangat kat depan mata je.... satu apa pun tak nampak masatu..last2 tengok kereta dah masuk jalan bertentangan dan hampir masuk tepi rumput yang terbakar... kan naya................................................ aku nak sambung buat laporan program PKP semula... jumpa lagi...

Tuesday, June 9, 2009

Hidup hanya sementara........

Kawan....kita hidup di dunia ini, kadang2 tak ingat bila nak mati... ada orang fikir harta, harta akan datang kepada kita, kita fikir duit, duit akan datang, fikir kebendaan, kebendaan akan meresap dalam hati kita.... tapi bila kita fikir akan akhirat....ramai yang lupa bila kita akan menemuinya dan bekalan apakah yang harus kita bawa................ adakah berbaloi jika kita bawa harta dan kekayaan menemui-Nya?.................... mungkin ini tidak memadai... Namun, jika kita bawa iman, amal dan taqwa....insyaallah............... beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.............

Kawan, hidup hanya sementara. kita tidak tahu bila ajal maut kita...mungkin esok, lusa, minggu depan atau mungkin malam ini, 30 minit dari sekarang dan lain2....... maka persiapkan diri kita dengan iman, amal dan taqwa.... tingkatkan iman serta takut akan Tuhan Yang Maha Esa...............moga kita semua dapat meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa......

Thursday, May 28, 2009

Kek Hari Guru SMK Belawai


Ni dia Kek Hari Guru Warga SMK Belawai.... sambutan ni di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru2, ia juga boleh menambahkan berat badan bagi guru2 yg dah bertambah berat badannye.. mane taknyer, makanan pun banyak dan pendek kata, semua balik dengan kekenyangan...... tapi...kalau ada karaoke terus kan lagi hebat majlis tu.. lain kali kita boleh buat lah.. biar guru2 karaoke untuk sambut kegembiraan ini....

Kenangan Bersama Bro Rizal....


Pas jamuan kekenyangan.... biasalah, makan punya pasal....... dah kenyang, main menten pun cancel..... bro, jgn tinggalkan brakson.... hehehehhehe........ ni stakat kenangan kami bersama bro di saat2 akhir perpindahan bro ke tempat baru.....

Rizal nak pindah...sedihnyer.....


Alamak, ni die Cg. Rizal yg bakal berpindah ke tempat bertugas yg baru pas cuti Hari Gawai ni nanti... Sedih jugak die dah takder pasnih...tapi kita doakanlah kawan kita nih akan dapat pengalaman yg lebih di sekolah baru nanti.. tapi bro, jgn la lupa kami kat sni bro..... nanti brakson sedih... hehehehe

Meriahnya Jamuan Hari Guru.......


walaupun disambut secara sederhana, namun ianya sangat memberi makna yang besar buat warga pendidik dan warga SMK Belawai keseluruhannya... Kenyang sangat makan malam tu... nak tapau tak boleh, ostad dah tapau buat bekal Rizal berpindah ke Selangor pas nih..... Heeeee heeeee

horee..aku ada HONDA baru....

ha..ni plak kengkawan yg hepi giler sbb dah beli kete baru.. Honda lagi tu beb.... Mne tak mereng lagi jalan mamat nih.. tak sabo nak drive honda dia tu lah.. kami pon nk tmpang sekaki ka, dua kaki, tiga empat lima kaki pon kami nak ni.. nak ajak main menten pas jamuan hari guru smlm tak mau mamat nih..penat lah jawabnya... rupanya........... ikuti jawapan seterusnya.... (lum tnya apai mukriz gik jawapan)...

rojak lagi

salam... dah nak cuti nih... ni dier satu lgi kengkawan kita yg sedang asyik buat kerja... terlalu tekun dgn kerja lah katakan ni.. dia ni memang sorang yang rajin..rajin sgt2.. mekanik pun boleh dia nih.... pas nih, gerenti die dapat bukak satu bengkel kat kebuwau sane..... hidup apai mukriz........selamat hari gawai...

Thursday, May 21, 2009

Kemeriahan Pengunjung....


Inilah gambar pengunjung ke program safari memancing tg. manis tersebut.... ni sedang asyik nak mengetahui peserta yang mana yang akan menjadi juara....

Unsur seni....


kelihatan cantik dan menarik corak pada ikan pari harimau....... macam tikar amer kat umah sewa die...

ikan pesisir pantai...


ikan2 kategori pesisir pantai... sedap juga ikan ni kalo bagi kat ostad buat kari.....


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger