Mungkin lebih senang dan mudah bagi Umat Islam Menunaikan Solat Sekiranya Tempat Surau lebih dekat sebegini........ Amin.... Moga dapat perhatian pihak yang berkenaan...
Saturday, August 22, 2009
Surau oh Surau....
Posted by mizi at 7:48 AM 0 comments
Susahnya Takda Surau Di Terminal Bot Ekspress Sarikei....
Sarikei memang menjadi tumpuan semua pengunjung samada yang Islam mahupun yg bukan beragama Islam. Kebanyakan penduduk Belawai, Jerijeh, Rajang & Tg. Manis di Kawasan Tg. Manis memang selalu pergi ke Sarikei, malah hampir setiap minggu dan ada yang setiap hari.
Apa yang paling memberi masalah sedikit kepada penduduk yang beraga Islam ialah, tiadanya kemudahan Surau di kawasan Terminal Bot Ekspress Sarikei iaitu terminal laluan bot dari Sarikei ke Tg. Manis. Apabila masuk waktu Solat terutama Zohor & Asar memang sesuatu yang terasa suatu hutang yang sangat besar kerana tiadanya kemudahan surau di kawasan yang padat dengan penumpang-penumpang bot ekspress tersebut.
Perjalanan bot exspress yang dah hampir kepada jadual perjalanan yang hampir berangkat amat menyukarkan penduduk yang beragama Islam untuk menunaikan Solat yang wajib ditunaikan oleh semua Umat Islam kerana jarak Masjid dan Surau dari Terminal Bot Ekspress tersebut agak jauh. Walaupun ada Masjid dan sebuah surau berhampiran kampung di tepi sungai Sarikei tersebut, namun jaraknya agak jauh dan boleh mengambil masa hampir setengah jam atau lebih jika berjalan kaki bagi yang dah tua dan berusia. Bagi yang muda pula mungkin dalam 20 minit ke atas perjalanan ke Masjid Sarikei dan ke surau tersebut. Jika hari panas tidak menjadi masalah untuk ke Masjid atau surau walaupun berjalan kaki, dalam keadaan panas terik tetapi masa hujan memang agak sukar. Cuba Tuan-tuan dan Puan-puan bayangkan jika perjalanan berulang alik? Jauh kah tidak? Lebih sukar atau tidak?. Anda lebih tahu jawapannya....
Perkara ini tidak menjadi sukar sekiranya ada kemudahan surau disediakan di kawasan Terminal Bot Ekspress tersebut walaupun hanya dalam saiz sebuah surau yang kecil. Janji umat Islam boleh menunaikan kewajipan solat tersebut. Sekiranya boleh, pihak yang bertanggungjawab silalah ambil perhatian dan bertindak dalam mengatasi perkara ini. Bagaimana Islam ingin dimajukan sekiranya tempat untuk beribadat pun masih kekurangan dan tidak mampu memberikan kemudahan beribadat yang lebih memudahkan Umat Islam menunaikan kewajipan tersebut.....
Sesungguhnya, Solat Itu Adalah Tiang Agama......
Salam..
Posted by mizi at 7:17 AM 0 comments
Program ATT 2009
SMK Belawai- 14 Ogos 2009 (Jumaat)..
Satu program “Suntikan ATT” telah dijalankan di Dewan Sri Barong SMK Belawai dengan kerjasama rombongan dari Klinik Kesihatan Belawai, Mukah bersama 7 orang pegawai serta kakitangan dan ianya telah bermula pada jam 8.30 pagi.
Program “Suntikan ATT” ini telah melibatkan semua pelajar Tingkatan 3 SMK Belawai tahun 2009 iaitu sebanyak 6 kelas kesemuanya. Dari 6 buah kelas tersebut, jumlah kesemua pelajar Tingkatan 3 ialah seramai 166 orang iaitu 84 orang pelajar lelaki dan 82 orang pelajar perempuan. Namun begitu, pada hari tersebut, hanya 160 orang pelajar sahaja yang bertuah mengikuti program tersebut kerana 6 orang pelajar tidak hadir kerana masalah-masalah yang tertentu.
Dalam jumlah 160 orang tersebut, 80 orang adalah terdiri dari pelajar lelaki dan 80 orang pula adalah pelajar perempuan. Pelajar 3A seramai 32 orang, 3B =32 orang, 3C = 29 orang, 3D = 27 orang, 3E = 25 orang dan 3F = 15 orang. Dengan jumlah tersebut, pada peringkat awal, pelajar ini telah dipanggil mengikut kelas masing-masing mengikut urutan.
Program “Suntikan ATT” ini dimulakan dengan pelajar akan diberi Suntikan ATT terlebih dahulu dan seterusnya pelajar akan menjalani proses menentukan jenis darah samada A, O, dan lain-lain. Program ini diselenggara oleh Unit Bimbingan & Kaunseling yang membantu unit Hal Ehwal Murid bagi melicinkan proses “Suntikan ATT “ tersebut. Dengan kehadiran guru-guru yang membantu, maka program ini dapat berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 11.45 pagi. Berikut ialah beberapa gambar yang menjadi kenangan semasa program “Suntikan ATT” tersebut…
Posted by mizi at 7:01 AM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
Rombongan pun hampir sampai... Ni kawan yang sedang berangan untuk membina jambatan tu siap sepenuhnya secepat yang mungkin..Taklah naik feri sampai 5 buah untuk perjalanan ke Mukah... Teruskan mengelamun kawan.....Hehehehehehe.. Lain kali, kita jumpa lagi..SALAM....
Posted by mizi at 8:08 AM 0 comments
Nasib jentera ni dok kat belakang skali.. Kalau la jentera ni dok kat depan, lambat lagilah perjalanan kami masa tu...
Posted by mizi at 8:05 AM 0 comments
Di feri yang terakhir kita sama-sama masuk feri dengan jentera berat ni..Kalau la jentera ni yang digunakan ke Mukah, ntah berapa puluh jam baru sampai Mukah agaknya...hehehehehe
Posted by mizi at 8:02 AM 0 comments
Ni dia 2 buah van yang digunakan oleh rombongan SMK Belawai..Sebuahnya dipandu sendiri oleh guru pengiring sebab pemandu untuk sebuah van tiada.. Jadi, guru pengiring yang cuba bantu jadi pemandu demi menjayakan program ni..
Posted by mizi at 7:59 AM 0 comments
Aksi pelajar perempuan lepas makan sementara menunggu perjalanan diteruskan semula.. Ada 4 buah feri lagi yang perlu dilalui.. kesemuanya 5 feri..... Jauh memang jauh..tapi, menyeronokkan....
Posted by mizi at 7:55 AM 0 comments
Posted by mizi at 7:52 AM 0 comments
Posted by mizi at 7:49 AM 0 comments
Gambar kenangan bersama Tuan Penceramah... Rombongan nak berangkat balik lebih awal dari program tamat sebab budget hanya untuk satu malam sahaja.. kalau 2 mlm, siapa yang nak bayar RM4000 untuk sewaan van sahaja kan... Satu mlm pun dah RM2000 van sahaja.. Lom makan, minum,wang saku serta penginapan...fikirlah sendiri dlm keadaan claim lom tentu dapat....
Posted by mizi at 7:44 AM 0 comments
Ni pula di tapak aksi membrek kecemasan. Tayar mesti berbunyi... Sebab tu gurunya datang ke sini sebab risau akan pelajar yang membuat aksi tersebut... kot2 lah terjadi apa2...bingung jugak kan dah nama guru pengiring....
Posted by mizi at 7:41 AM 0 comments
Posted by mizi at 7:30 AM 0 comments
Penceramah yang hebat... Inilah orang yang melakonkan aksi "Stunt"dalam drama Gerak Khas, KL Drift dll. Nak tau yang drive kereta yang eksiden terbang2 tu.... Nilah orangnya....Yang beri ceramah pada hari tersebut memang merupakan orang yang hebat dalam dunia pemanduan....
Posted by mizi at 7:23 AM 0 comments
Posted by mizi at 7:21 AM 0 comments
Kenyang ke tak nih?....
Sekarang mana cukup budget untuk sarapan pagi rombongan sebanyak RM2.50 seorang.... Harga makanan sekarang ni kan dah melambung tinggi... Guru pengiring lah jawabnya tanggung bakinyer tu... tak pe, janji budak2 rasa enjoy dan gembira sepanjang program...
Posted by mizi at 7:16 AM 0 comments
Wowwwwww...... Lyias ke ni?.....
Masa ni rombongan sedang masuk ke hari kedua.. Tengah bersarapan pagi di kedai mamak kat Mukah. Rombongan kami tetap seronok dan gembira walaupun hampir semua perbelanjaan dikeluarkan oleh guru pengiring sepenuhnya terlebih dahulu. 20 orang sekali kita belanja makan, beratus2 ringgit jugalah sekali bayarannya... alahai....dahlah claim "cepat" sangat masuk akaun....heheheheh...inilah pengorbanan.........
Posted by mizi at 7:08 AM 0 comments
Posing sket........
Antara ragam rombongan...Sebagai guru pengiring, hati pun gembira juga setelah melihat rombongan pelajar yang dibawa tetap dalam keadaan yang ceria sepanjang masa.....
Posted by mizi at 7:05 AM 0 comments
Dalam perjalanan, rombongan kami sempat singgah di Pantai Oya yang damai..... Niat hati nak bawa budak ikuti program sambil jalan2 di kawasan yang kurang selalu dilawati oleh mereka....
Posted by mizi at 7:02 AM 0 comments
Program Rakan Muda Sekolah....
Salam. Program Rakan Muda Sekolah "Selamat Di Jalan Raya 2009" telah dijalankan di Mukah dan bertempat di SMK Three Rivers Mukah. Program ini telah melibatkan hampir ke semua sekolah menengah di Bahagian Mukah. Sesungguhnya para peserta dalam program ini memang sangat beruntung kerana telah mendapat pengalaman yang menarik sepanjang program ini di jalankan. Antara pengisian dalam program ini ialah ceramah tentang keselamatan di jalan raya, cara pemanduan yang selamat, cara mengendalikan motorsikal serta praktikal pemanduan motorsikal.
SMK belawai tidak ketinggalan untuk menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri dari 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. 2 van telah disewa dan kosnya ialah RM2000 yang diperuntukkan melalui PPD Daro. Berikut adalah merupakan rentetan peristiwa program tersebut..........
Posted by mizi at 6:48 AM 0 comments
Thursday, August 6, 2009
Anum oh anum..........
Masalah air lagi...... kita ni pun terpaksa cuti sekolah seminggu sebab tiada air nih.. Nak ganti sekolah pula nanti, kan memakan masa yang lebih. Minggu depan, sekolah buka semula. Apa yang di bimbangkan ialah jika masalah air ini masih lagi sebegini. Ditambah dengan bilangan penghuni asrama yang agak ramai iaitu 300 lebih orang penghuni memang agak sukar untuk para penghuni asrama ini untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan selesa di asrama. Mana taknya, air untuk minum pun tiada. Belum termasuk air untuk mandi, bersuci dll..
Harap2 air akan dapat dinikmati seperti sediakala dalam masa yang terdekat ni. Kalau tak ada juga, terpaksa lah hidup dalam ketidak selesaan sebegini walaupun agak sukar.........Air oh air....Iskh..iskh..iskh...
Posted by mizi at 5:12 AM 0 comments
Anum maidah....
Lakai ke susah tan anum mabai.bak temuk,bak keman,bak usuk taai pun susah.nang teruk tan asang masa ih.mujur nuan anum sisa-sisa wang tangki ibak flat guru.kenah gak anum idun bak bak kamik temuk.kah basa ih gaya 1-2 minggu agik, nang mai taau agik bak pubak lah gaya dun..
Sejak anum maidah, baruk telau ingat bahawa anum idun penting untuk kehidupan telau seharian.sedangkan sebelum ih, senang2 mak telau pebak anum.nibat sidun mak pun nuan gak.tapi, lian ih baruk telau ingat bahawa setitis anum pun amat beharga...hehehehhe...tijau bahasa melanau.....salammm...
Posted by mizi at 4:42 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
Ingat................
Panas dlm dnia ni.....ingattttt.....Panas akhirat lebihhhhhhhhhhhhhhh lagiiiiiiiiiiiiiiii.... jadi, perbanyakkan persiapan anda....................... jumpa lagi.....
Posted by mizi at 10:28 AM 0 comments
habis hasil pak tani... hancurrrrr....
Sebenarnya, sepanjang aku pergi dan balik, byk tanaman petani yang ada di kawasan tersebut ada yang terbakar teruk... habis semua kelapa sawit, pokok mulong dan lain-lain tanaman semua rosak terbakar....
Kecianya pak tani tulah..
Posted by mizi at 10:12 AM 0 comments
Bahaya nih....
Dalam ni aku nak potong van..... memandangkan tak brapa nmpak, aku biarkan ajelah... sama gak sampai kan.. so, hati2 di jln raya............... ni sebahagian nye sahaja... nak ambik byk2, aku sdg drive...
Posted by mizi at 10:09 AM 0 comments
kebakaran..........
Teruk...........pemandangan ni masa balik dari mukah..area kawasan kpg. sedo & kpg serdeng...area lobak balo dgn igan x sempat ambik sbb terlalu teruk dari yang ini...
Posted by mizi at 10:05 AM 0 comments
Teruknya kebakaran dan jerebu sekarang.....
hai....isu kebakaran sekarang ni semakin berleluasa.... pemandangan pun dah kurang menyenangkan. Dalam perjalanan bermesyuarat dari Belawai ke Mukah, memang ada sesetengah kawasan antara Loba Balo Matu ke Feri Kuala Igan agak teruk.. Nyaris2 kereta yang dipandu terlibat dlm kemalangan sendiri.......Nasib gak lah.... nantilah aku tunjukkan gambar kebakaran teruk tu.. Asap pun tebal sangat kat depan mata je.... satu apa pun tak nampak masatu..last2 tengok kereta dah masuk jalan bertentangan dan hampir masuk tepi rumput yang terbakar... kan naya................................................ aku nak sambung buat laporan program PKP semula... jumpa lagi...
Posted by mizi at 8:42 AM 0 comments