Wednesday, August 12, 2009

Program Rakan Muda Sekolah....


Salam. Program Rakan Muda Sekolah "Selamat Di Jalan Raya 2009" telah dijalankan di Mukah dan bertempat di SMK Three Rivers Mukah. Program ini telah melibatkan hampir ke semua sekolah menengah di Bahagian Mukah. Sesungguhnya para peserta dalam program ini memang sangat beruntung kerana telah mendapat pengalaman yang menarik sepanjang program ini di jalankan. Antara pengisian dalam program ini ialah ceramah tentang keselamatan di jalan raya, cara pemanduan yang selamat, cara mengendalikan motorsikal serta praktikal pemanduan motorsikal.
SMK belawai tidak ketinggalan untuk menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri dari 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. 2 van telah disewa dan kosnya ialah RM2000 yang diperuntukkan melalui PPD Daro. Berikut adalah merupakan rentetan peristiwa program tersebut..........

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger