Saturday, October 31, 2009


Saat di perlawanan sebelum dimulakan....

PERLAWANAN PERSAHABATAN YANG PENUH BERMAKNA..


SMK Belawai telah mempelawa SMK TPDPH Daro untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dan badminton. Perlawanan ini bukan untuk melihat siapakah yang juara & yang hebat, namun ia adalah semata-mata untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kedua buah sekolah...Berikut adalah merupakan peristiwa sepanjang program tersebut berlangsung.

Saturday, October 3, 2009

IBLIS KETAWA KERANA WANG

Kata Wahab bin Munabbih: Tatkala dirham dan dinar itu telah dibuat, maka kedua-duanya dibawa oleh iblis laknatullah dan diciumnya, lalu diletakkan pada kedua matanya seraya tertawa dan berkata: "Celakalah bagi orang yang mencintai engkau berdua, walaupun dari jalan yang halal. Lalu celaka pula bagi orang yang mencintaimu berdua dari jalan yang haram, dan ianya lebih celaka lagi."

Mengenai kejayaan iblis menyesatkan manusia dengan jalan menabur wang, adalah kisah seperti berikut ini.

Ada seorang alim yang berjalan di suatu kampung, tiba-tiba ia melihat orang ramai menyembah sebatang pohon. Melihat perbuatan syirik itu, ia marah dan terus mencari kapak untuk menebang pohon tersebut. Tetapi iblis menghalanginya daripada menebangi pohon tersebut. Akhirnya terjadi pergelutan di antara orang alim itu dengan iblis, dimana iblis berjaya dikalahkan oleh orang alim itu. Katanya:"Saya mengakui kehebatanmu, tetapi kembalilah dan batalkan niatmu menebang pohon itu. Sebagai ganjarannya, aku akan memberikanmu wang setiap hari sebanyak empat dirham yang kuletakkan di hujung tempat tidurmu."

Orang alim itu bertanya:" Apakah betul engkau akan berbuat demikian?" Iblis menjawab:"Ya, saya akan memberikannya setiap hari."

Lalu orang alim itu pulang ke rumahnya. Benarlah pada keesokan harinya ia mendapati wang sebanyak empat dirham di hujung tempat tidurnya, selama dua hari berturut-turut. Tetapi pada hari ketiga, ia tidak mendapati wang itu lagi di hujung tempat tidurnya. Kerana merasa ditipu oleh iblis, ia bangkit dan mengambil kapaknya unuk menebang pohon yang disembah oleh masyarakat tersebut.

Di tengah jalan iblis muncul menghalanginya. Lalu terjadi pergaduhan di antara mereka, yang akhirnya pergaduhan itu dimenangi oleh iblis. Orang alim itu hairan dan bertanya:"Mengapa kali ini aku kalah, padahal sebelum ini aku berjaya mengalahkanmu hingga tiga kali." Iblis menjawab:" Kerana niatmu yang pertama dahulu adalah kerana Allah, sedangkan niatmu sekarang adalah kerana wang."

Iblis beredar sambil tertawa meninggalkan orang alim itu.

-Semoga kita sama dapat ambil iktibar,amalkan serta sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain.. InsyaAllah..


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger