Monday, May 18, 2009

jumpa lagi..... rojakblog...

COGAN KATA SEKOLAH

Cogankata Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai ialah “ Ilmu Suluh Hidup ”. Berdasarkan definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan, Ilmu ialah merupakan pengetahuan dan kepandaian dalam pelbagai perkara atau bidang. Manakala, Suluh pula ialah sesuatu yang digunakan untuk menerangi. Di dalam menjalani proses kehidupan, ilmu atau kepandaian ini adalah merupakan suatu aspek yang sangat penting. Tanpa ilmu, insan akan dipandang hina di sisi masyarakat. Lantaran itu, ilmu yang dituntut akan dapat menerangi dan memandu manusia ke arah jalan yang lurus dan benar bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri. Manusia yang tidak berilmu seringkali dikaitkan dengan kegelapan atau berada di dalam suasana yang penuh kejahilan. Kehidupan seseorang insan atau pelajar lebih harmonis dan berketrampilan apabila ilmu penuh di dada.

Kesimpulannya, ilmu itu adalah penyuluh bagi kehidupan dan bersesuaian dengan aspirasi murni para pelajar SMK Belawaidalam menuju abad ke-21 yang cukup mencabar.

(ni sbenarnya maklumat yang ditaip semula. Sebelum ni, maklumat ini hanya ada pada hard copy sje. soft copy baru yang dibuat sejak skolah kami dah buat semula buku maklumat sekolah)

No comments:

Post a Comment